Berkata Syaikh Ibnu Athaillah:
"Tunjukkanlah sifat-sifat (kehambaan) mu dengan sebenar-benarnya,
nescaya Allah S.W.T. akan menolongmu dengan Sifat-Sifat-Nya. Iaitu
tunjukkanlah kehinaanmu, nescaya Allah S.W.T. akan menolongmu dengan
Kemuliaan-Nya, tunjukkanlah kerendahanmu, nescaya Allah S.W.T. akan
menolongmu dengan Kekuasaan (Kudrat)-Nya, dan tunjukkanlah kelemahanmu
nescaya Allah S.W.T. akan menolongmu dengan upaya dan Kekuatan-Nya".
Sebagai hamba Allah S.W.T, kita ini adalah makhluk yang lemah, hina,
miskin dan mempunyai banyak kekurangan. Oleh yang demikian, hendaklah
kita menunjukkan dan mengakui kekurangan-kekurangan tersebut dengan
bersikap rendah diri dan merasa selalu memerlukan pertolongan-Nya.
Dengan demikian, maka hati ini akan sentiasa bersih daripada sifat
sombong, takbur, dengki, ujub, suka membanggakan diri serta sifat-sifat
tercela lainnya.
Selanjutnya ia akan menimbulkan keyakinan
bahawa segala sesuatu itu tiada memiliki daya dan upaya kecuali dengan
pertolongan Allah S.W.T. semata-mata.
Sebagai hamba Allah S.W.T, kita ini adalah makhluk yang lemah, hina, miskin dan mempunyai banyak kekurangan. Oleh yang demikian, hendaklah kita menunjukkan dan mengakui kekurangan-kekurangan tersebut dengan bersikap rendah diri dan merasa selalu memerlukan pertolongan-Nya.
Dengan demikian, maka hati ini akan sentiasa bersih daripada sifat sombong, takbur, dengki, ujub, suka membanggakan diri serta sifat-sifat tercela lainnya.
Selanjutnya ia akan menimbulkan keyakinan bahawa segala sesuatu itu tiada memiliki daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T. semata-mata.